Khamis, 26 Ogos 2010

INDONESIA TIDAK LAGI SELAMAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Gerakan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia diJakarta semakin ganas  dan bersedia melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atas nama gerakan sweeping Malaysia. Berbagai gerakan diatur termasuk mengadakan demostrasi besar esuk 27/8 dikedutaan Malaysia, sekatan nekad mencari rakyat malaysia di beberapa lokasi dan jalan utama.

Beberapa premis dikawal rapi termasuk kedutaan Malaysia meningkat hingga 200 anggota polis mengawasinya, CIMB bank, Petronas dan lain-lain lagi yang ada kaitan dengan Malaysia dalam keadaan bahaya. Pelajar-pelajar Malaysia diJakarta dan Daerah-daerah lain juga merasa terancam terhadap sentimen anti Malaysia yang melanda Indonesia sekarang.

Sentimen anti Malaysia kali ini adalah yang kedua berlaku selepas demonstrasi isu 'seni tarian pendek' beberapa bulan yang lalu. Nampaknya, semakin kerap isu anti Malaysia dipanaskan disana.

Rakyat Malaysia yang baru berhasrat untuk melawat Indonesia dinasihatkan supaya membatalkannya kerana keadaan tidak menentu dan kurang selamat terutama dikota Jakarta.

Demonstrasi anti Malaysia kali ini jika didalami adalah kerana penangkapan tiga orang pengawas laut Indonesia oleh Pasukan Maritim Malaysia. Mereka dibebaskan dengan pertukaran 7 orang nelayan Malaysia yang ditangkap kerana tuduhan ber ikan dikawasan laut Indonesia.  Konsep barter trade inilah  dianggap Malaysia memperkecilkan Indonesia. 

Kebelakangan ini, hubungan abang adik antara Indonesia dengan indonesia sering sahaja direntasi oleh aliran tidak sihat dan memainkan sensitiviti rakyat kedua negara. kadang kala kita tertanya didalam hati mengapa jadi sedemikian kerana berpunca dari perkara yang tidak sepatutnya  mendatangkan konfrantasi?.

Tentu ada pihak ketiga yang mahu melihat hubungan antara Malindo sentiasa retak dan tidak berbaik-baik. Mereka menggunakan Indonesia sebagai pangkalan kerana bilangan penduduk yang ramai dan mudah dieksploitasi terutama dikota Jakarta dimana penduduknya dianggarkan 25 juta orang. DiAsia Tenggara ini jika boleh tidak ada negara dapat berkerjasama erat antara kerajaan dengan kerajaan serta rakyat dengan rakyat. Apa yang berlaku dinegara Teluk sedang berlaku diAsia Tenggara.

Kerajaan Malaysia dan Indonesia harus serius mencari punca gangguan salaturahim tersebut dengan apa kos sekali pun. Mesti ada finding atau rumusan setiap kali insiden berlaku.  Bukan siasat, siasat, siasat tetapi tidak ada penghujungnya. Rakyat sudah bosan dengan perkataan 'siasat' . Sudahlah menyampah. hhuhuhu.....

1 ulasan:

  1. Salam..Orang Malaysia boleh pulang semuanya dan tiada masalah tak hidup diMalaysia,pelajar boleh sambung belajar di Negara sendiri atau tempat lain.Apakata kalau rakyat Indon yang lebih 6 juta di Malaysia diarah pulang...!

    BalasPadam