Isnin, 30 Ogos 2010

NIK AZIZ - ALAMAK DUNGU DAN JAHILIAH

N ajis seorang pemimpin yang dungu bila mempertahankan doa kepada Lim Guan Eng dan baru-baru ini mempertahankan Nie Ching bertazkirah dimasjid. Alasannya zaman Rasulullah dahulu orang-orang kafir dibenarkan masuk dan tidur baring dimasjid katanya.

N ajis tidak boleh menyamakan landskap masyarakat Arab pada waktu itu dengan keadaan diMalaysia sekarang. Arab pada waktu itu yang dibenarkan masuk masjid adalah Arab yang berkerja sama dengan umat islam dalam peperangan mereka menyertai tentera islam. Mereka tidak menentang islam secara nyata dan tersembunyi. Mereka tunduk pada kepimpinan islam. Hanya mereka tidak memeluk Islam sahaja. Jika  wanita pakaian Arab mereka sudah pasti menutup aurat.

Mengapa Nie Ching menjadi isu?  pertama ia memasuki masjid sehingga ketempat utama sembahyang dengan keadaan tidak menutup aurat ( tidak bertudung)  hanya berbaju kebaya. Kedua, apakah N ajis telah memeriksa bahawa Nie Ching bersih dari  bendera merah { datang haid) ?.

Tan Sri Harussani  Zakaria Mufti Perak menggariskan "Sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam boleh melawat atau memasuki ruang solat di dalam masjid dan surau sekiranya lengkap menutup aurat".

“Mereka juga perlu menjaga adab selain tidak didatangi haid bagi wanita, manakala bagi lelaki pula tidak berada dalam keadaan junub,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

N Ajis bukan sahaja kelabu sejarah Rasullulah malah seorang yang jahiliah moden. Mengapa kita kata dia jahiliah?.  Jahiliah
pada zaman kedatangan Islam dahulu masyarakatnya bukan bodoh, tidak berilmu dan tiada kemahiran dan sebagainya. Tetapi mereka adalah golongan yang engkar, degil, keras hati,  berdaleh, pandai menghujah untuk membenarkan perbuatan mereka. Itulah makna dan definisi Jahiliah sebenarnya. Apa bezanya dengan N Ajis sekarang?. Sama kan?.

Jika dikatakan sesat  mereka marah dan tanya kita  apa bukti?.  bukti.. bukti...?. Nah ambil  itulah buktinya. Sesat, apa bila kita mengikut jalan biasa kemudian kita cuba ikut lain tiba-tiba  tidak sampai. Itulah makna sesat.  Jika kita seorang sahaja mengatakan bahawa  kita sampai, maka orang lain tak nampak kita sampai  maka itulah yang berlaku sekarang terhadap N ajis. Maknanya dia nyanyuk. Orang yang nyanyuk tidak boleh dirujuk lagi sebagai alim ulama'. Apa lagi seorang yang dungu dan jahiliah.

Sampailah masa N ajis bersara. Lagi lama lagi kelabut umat islam sesat dan keliru.

Ahad, 29 Ogos 2010

PROVOKASI BENDERA - RAKYAT MALAYSIA TAK MASUK PERANGKAP


Provokasi Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia dengan demonstrasi upahan tidak menarik minat rakyat Malaysia untuk reaksi terhadapnya.  Rakyat Malaysia sudah masak dengan pasukan demonstrasi upahan itu memasang perangkap supaya rakyat Malaysia latah dan bertindak balas.

Orang yang makan upah akan membuat apa sahaja yang disyaratkan oleh penaja. Walau pun tidak diketahui siapa dalangnya tetapi mereka berkerja atas dasar berapa banyak upahan yang diterima. Jika upah sudah kurang, kerjanya juga akan  perlahan dan bilangan kumpulannya juga makin berkurangan.

Walaupun rakyat Malysia sangat marah, tetapi akal dapat menguasai emosi. Akhirnya mereka surut sendiri. Kepenatan dan sia-sia. Mereka mengharapkan agar Malaysia ikut rentak mereka. Jika ikut rentak mereka, maka support terhadap mereka meningkat dan akan memburukkan lagi keadaan. Tetapi sebaliknya rakyat Malaysia nampak 'cool'. Penaja pun habis modal.

Apa yang berlaku diIndonesia pengalaman itu pernah diimpot keMalaysia tahun 1998. Modes operandy yang sama. REFORMASI. Mereka datang berdemo ada upah RM 50 sehari kepada sesiapa yang tidak berkerja. Mereka mengambil elaun dari mana kaunter KFC yang pro aljuburi pada ketika itu. Lama-lama,  tabung reformasi kosong, kesan tidak seberapa melainkan merosakan harta benda awam dan menyusahkan polis dan orang ramai sahaja. Hilang begitu sahaja. Hari ini berapa ramai pemuda reformasi itu menyokong kerajaan  kerana mereka sedar mereka diperbodohkan?.

Di Indonesia yang menunggu kerja demonstrasi itu ada segelintir. Mereka bukan suka-suka atau kerana perjuangan sebenarnya sebaliknya cari makan. Jika terdapat isu-isu dalaman seperti zaman usaha menyingkir Presiden Suharto dahulu ya itu melibatkan sebahagian besar rakyat Indonesia kerana mahukan demokrasi sepenuhnya.

Indonesia akan rugi terus jika kacau bilau begitu. Sebahagian besar pendapatan Indonesia adalah sektor pelancungan. Rakyat Malaysia suka dan berbelanja di Indonesia disamping urusan keluarga, bisnes, belajar dan sebagainya. Dengan keadaan seumpama itu akan menjadikan pendapatan berkurangan. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang takut kesana, orang negara lain pun takut juga. Kan bodoh?.

Di Malaysia pun ada pemimpin yang gemar berdemo seperti itu. Sikit-sikit demo. Dia suka dan nampak dia hebat bila oarng berdemo. Dalam masa yang sama dia suka rakyat tiada pendapatan dengan harapan jika rakyat susah rakyat akan berpaling menyokongnya. Apakah pemimpin baik namanya hidup atas ehsan orang susah?. Ikan kering disuruh berenang.

Dia suka keadaan kacau bilau. Nasib baik  gawat tahun sekitar 1996 Tun Dr.Mahathir tidak setuju IMF injeksi wang untuk mengatasi kegawatan ekonomi Malaysia. Ikut menteri kewangan pada waktu habis punah ranah Malaysia dijajah semula. Tun Dr Mahathir buat tindakan drastik dengan mengikat matawang Malaysia dengan nilai RM3.80 setiap satu dollar. Seterusnya mengadakan pre emtif ekonomi. Tahu tak berapa intrest rate pada waktu itu?  menteri kewangan naikan intrest hingga  14%. Bodoh punya kerja. Siapa boleh berniaga? penjual kereta melengoh  kereta tidak laku.

Jadi kita tidak boleh ikut rentak sebilangan kecil pendemo upahan di Jakarta. Mereka cari makan kerana itu. Tahniah rakyat Malaysia tidak melatah.

Khamis, 26 Ogos 2010

INDONESIA TIDAK LAGI SELAMAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Gerakan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia diJakarta semakin ganas  dan bersedia melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atas nama gerakan sweeping Malaysia. Berbagai gerakan diatur termasuk mengadakan demostrasi besar esuk 27/8 dikedutaan Malaysia, sekatan nekad mencari rakyat malaysia di beberapa lokasi dan jalan utama.

Beberapa premis dikawal rapi termasuk kedutaan Malaysia meningkat hingga 200 anggota polis mengawasinya, CIMB bank, Petronas dan lain-lain lagi yang ada kaitan dengan Malaysia dalam keadaan bahaya. Pelajar-pelajar Malaysia diJakarta dan Daerah-daerah lain juga merasa terancam terhadap sentimen anti Malaysia yang melanda Indonesia sekarang.

Sentimen anti Malaysia kali ini adalah yang kedua berlaku selepas demonstrasi isu 'seni tarian pendek' beberapa bulan yang lalu. Nampaknya, semakin kerap isu anti Malaysia dipanaskan disana.

Rakyat Malaysia yang baru berhasrat untuk melawat Indonesia dinasihatkan supaya membatalkannya kerana keadaan tidak menentu dan kurang selamat terutama dikota Jakarta.

Demonstrasi anti Malaysia kali ini jika didalami adalah kerana penangkapan tiga orang pengawas laut Indonesia oleh Pasukan Maritim Malaysia. Mereka dibebaskan dengan pertukaran 7 orang nelayan Malaysia yang ditangkap kerana tuduhan ber ikan dikawasan laut Indonesia.  Konsep barter trade inilah  dianggap Malaysia memperkecilkan Indonesia. 

Kebelakangan ini, hubungan abang adik antara Indonesia dengan indonesia sering sahaja direntasi oleh aliran tidak sihat dan memainkan sensitiviti rakyat kedua negara. kadang kala kita tertanya didalam hati mengapa jadi sedemikian kerana berpunca dari perkara yang tidak sepatutnya  mendatangkan konfrantasi?.

Tentu ada pihak ketiga yang mahu melihat hubungan antara Malindo sentiasa retak dan tidak berbaik-baik. Mereka menggunakan Indonesia sebagai pangkalan kerana bilangan penduduk yang ramai dan mudah dieksploitasi terutama dikota Jakarta dimana penduduknya dianggarkan 25 juta orang. DiAsia Tenggara ini jika boleh tidak ada negara dapat berkerjasama erat antara kerajaan dengan kerajaan serta rakyat dengan rakyat. Apa yang berlaku dinegara Teluk sedang berlaku diAsia Tenggara.

Kerajaan Malaysia dan Indonesia harus serius mencari punca gangguan salaturahim tersebut dengan apa kos sekali pun. Mesti ada finding atau rumusan setiap kali insiden berlaku.  Bukan siasat, siasat, siasat tetapi tidak ada penghujungnya. Rakyat sudah bosan dengan perkataan 'siasat' . Sudahlah menyampah. hhuhuhu.....

Selasa, 24 Ogos 2010

UMNO JADI HERO MASJID ?

umnofla2

Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab.Majid, Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa,  Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia menasihatkan UMNO supaya menjadi 'hero'  dalam institusi masjid jika mahu kekal memerintah adalah satu saranan yang bernas dan sangat praktikal.

Selama ini UMNO hanya menjadi hero dalam 'instusi balai raya' atau juara pentas. Walau pun ada kadang kala, tenggelam timbul ingatan terhadap pentingnya institusi masjid, tapi hanya hangat diatas meja mesyuarat atau sekadar sembang kedai kopi sahaja.

Satu kelemahan UMNO masih memegang prinsip bahawa peranan masjid itu hanya diserahkan kepada orang agama sahaja. Tradisi tidak mahu mencampur adukkan agama dengan politik menebal dalam fikiran orang UMNO. Kelemahan ini telah dieksploitasi oleh Pas. Mereka menguasai masjid. Bertitik tolak dari aktiviti agama itulah mereka menjadikan masjid sebagai markas utama gerakan kepartian mereka sepanjang waktu.

Apabila ada hebahan tentang mesyuarat agung memilih kepimpinan masjid biasanya diadakan selepas solat Jumaat, Orang UMNO tidak ambil pusing malah mereka dulu terjun tangga masjid mencari slipar untuk pulang tergesa-gesa. Setiap tahun jika ada pemilihan tinggallah jemaah dikalangan mereka yang cenderung kepada PAS. Maka menanglah semua Ahli Jawatan Kuasa Masjid itu orang PAS.

Pemimpin UMNO bukan tidak cakna kepada masjid. Mereka boleh dikatakan sebut sahaja apa sumbangan kepada masjid biasanya tidak berkira. Tetapi segala sumbangan itu menjadi modal untuk membunuh UMNO secara halus dimana orang UMNO tidak ambil berat.  Bila negeri-negeri yang jatuh ketangan Pakatan Rakyat, orang UMNO langsung tidak peduli kecuali hari jumaat atau ada majlis yang dianjurkan oleh jawatan kuasa. Datang menampak muka!.

Bukan tidak ada masjid dikuasai oleh orang UMNO tetapi boleh dibilang dengan jari, barangkali hanya secara kebetulan pemimpin UMNO itu orang agama. Jika dalam masa UMNO kuat perkara ini tidak menjolok punggung. Bila UMNO nampak lemah, institusi masjid itu memukul UMNO menjadi bertambah lemah.

Sejak merdeka itulah realitinya. Orang UMNO tidak berminat untuk menjadikan institusi masjid sebagai medan kepimpinannya. Sekarang, agak sukar untuk mengubah sikap yang sudah berkarat itu. Ada negeri-negeri kepimpinan masjid itu dilantik oleh kerajaan negeri bukan melalui mesyuarat agung pemilihan. Keadaan itu agak lebih selamat, kerana mereka memegang jawatan atas amanah kerajaan dan orang ramai. Bagaimana pun ia bukanlah atas karisma kepimpinan yang menjadi pilihan masyarakat.

Pemimpin UMNO mesti berubah. Mulalah dengan Perdana Menteri , menteri kabinet, ahli parlimen dan wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin UMNO mengorak langkah memegang satu jawatan kepimpinan masjid dimana ia bermastautin. Walau pun alasan sibuk, payah, kekok dan tidak biasa ayuhlah sebagai langkah pertama. Jadikan ianya sebagai KPI seorang pemimpin. Pasti payah, tetapi tidak mustahil boleh berubah.

Siapa mahu bertanding jadi calon ? Jawatankuasa masjid mana? berapa lama? berapa kariah? maka merebaslah orang UMNO memegang jawatan kepimpinan diinstitusi masjid. Adui.... PM sudah pegang jawatan kuasa masjid Putera jaya dan satu masjid diPekan.  Tersungkur sembamlah para menteri kabinet mencari masjid minta jadi jawatan kuasa.  Akhirnya berlaku politik wang merebut jawatankuasa masjid!. Kan hebat ! bila UMNO bersungguh-sungguh.

Nanti akan ada ditubuh pula wanita masjid, pemuda masjid dan puteri masjid. Jadi akhirnya mesyuarat UMNO bahagian dan cawangan banyak dibuat dimasjid.  Jadi orang UMNO tidak lagi boleh berbohong dan skandal kerana senang disitu. Siapa yang buat hal sahaja ayuh kehadapan sumpah Quraan terus dimimbar masjid.  Jadi Dato' Sri Anwar dengan sendirinya masuk belukar dan tidak mahu berpolitik lagi dikalangan politik orang melayu. Kerana dia takut sangat bersumpah. Sebab setiap kali kali mesyuarat orang minta dia bersumpah sebab dia buat banyak hal.

Sabtu, 21 Ogos 2010

TAN SRI ALIMUDDIN M DOM - JANGAN MELULU ///

Terus terang dinyatakan bahawa majoriti bangsa melayu kecuali puak pengkhianat, sekarang merasa merasa tertekan dengan tingkah laku dan kebiadapan kaum lain kepada orang melayu. Rasa tekanan ini telah mencetuskan beberapa insiden yang kurang baik sebagai pentanda tekanan tersebut telah memuncak.

Terbaru ini seorang Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdul Rahman Putra, Kulai Johor, Hajjah Siti Inshah Mansor   mengamuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar cina dan India. Dipercayai berpunca dari 'gaya samseng' pelajar sekolah tersebut telah mencetuska perasaan tidak tahan pengetua itu, menambahkan lagi tekanan perasaan sentiasa marak kerana kebelakangan ini kaum-kaum lain begitu biadap membangkitkan isu-isu sensitif kepada orang melayu.

Kata-kata kesat kepada pelajar itu hanyalah cetusan kepada rasa tidak puas hati terhadap  kaum lain  yang lama bertapak dihati. Sebenarnya pada orang melayu boleh dikatakan perasaan itu telah menguasai majoriti dari mereka  tetapi mereka dapat mengawalnya kerana tidak terserempak dengan keadaan yang ekstrim seperti yang dihadapi oleh Pengetua berkenaan.

Desakan dari Pemuda Barisan Nasional dan sebaris dengan desakan parti politik lain bertambah menekan perasaan orang melayu dalam senyap dan adalah silap jika mengatakan hanya pengetua itu sahaja yang rasa  tertekan dengan apa jua tindakan. Orang melayu sedar setiap kali apa jua isu agama, perkauman mereka menjadi mangsa. Tetapi ada pihak yang bakar bendera, menyanyikan lagu negaraku mencarut negara dan orang melayu dengan senang bebas.

Oleh itu Tan Sri Alimuddin M.Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Jawatankuasa penyiasat jangan mengambil tindakan sebarangan terhadap pengetua itu kerana jika silap ianya akan menambahkan lagi tertekan dan tapuk hitam dalam perasaan orang melayu.

Jumaat, 20 Ogos 2010

MELETUP!!! PASTI EZAM AKAN DEDAH HABIS KISAH BALIK TABIR ANWAR


YB. Senator Mohd Ezam Mohd Nor telah diheret oleh JAWI petang semalam atas dakwaan menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim melakukan qazaf melalui twitter Ezam berbunyi :

" Saya juga telah lihat bertapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup dibiarkan suaminya fitnah    orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat"  yang ditujukan kepada Datin Seri Wan Azizah. Sila klik blog bujangsusah http://rubbertapperz.blogspot.com/ untuk lapuran penuh.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan itu kepada JAWI sebelum ini.  Mohd Ezam dikatakan dituduh menurut seksyen 41 Enakmen kesalahan jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika benar Senator Mohd Ezam didakwa sudah tentu mahkamah akan menggelegak panas kerana ramai ingin mengikuti pendedahan Ezam habis-habisan tentang kelakuan sumbang Anwar dibelakang tabir selama ini.

Ezam pasti akan mengheret ramai saksi dan membuka segala apa yang diketahuinya selama beberapa  tahun  dengan Anwar. Itulah yang Ezam mahukan selama ini kerana banyak khazanah yang terbuku  hatinya yang menjadi rahsia umum untuk dilepaskan bagi dikongsi oleh rakyat Malaysia. Alang-alang mandi biar basah.

Perbicaraan juga akan menilai sejauh mana Seksyen 41 Enakmen Jenayah Islam Wilayah Persekutuan ditafsir kerana ia merupakan kali pertama adanya kes tuduhan qazaf tersebut. Kes ini akan menjadi perhatian dan rujukan dunia Islam tentang bagaimana ia diputuskan serta prosidingnyan kerana selama ini undang-undang itu belum diuji.

Apa yang menarik lebih banyak perkara yang tidak diketahui akan terbongkar dalam perbicaraan tersebut.Sama-samalah kita nanti.

Rabu, 18 Ogos 2010

TIKAM LIDAH TAN SRI MUHYIDDIN VS CHUA SOI LEK BERBAHANG

Tikam lidah antara Tan Sri Muhyiddin Yasin TPM, dengan Presiden MCA  DS Chua Soi Lek kian meletup dan berbahang macam orang sedang membakar lemang.  Tan Sri Muhyiddin kata:

" .....tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman). Saya berharap tidak akan berlaku lagi"

Chua Soi Lek Kata:

"Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman. Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka." - kenyataan Chua Soi Lek dalam membalas kenyataan Muhyiddin Yassin semalam.

 
Chua Soi Lek mendakwa bahawa MCA tidak merancang untuk mengambil apa yang menjadi hak kaum lain. Tetapi dia abai salah satu dari resolusi MCA itu menyentuh tentang tuntutan terhadap pengstruturan GLC. Apa yang dikumpulkan oleh GLC itu sebahagiannya adalah antara kandungan ekuiti 19 % yang dicapai atas nama bumiputera selepas 40 tahun DEB.  
 
Bangsa melayu ini adalah satu bangsa yang sangat toleren, sabar dan mudah menerima dan nampak kurang bersatu. Tetapi jika mereka sudah ditolak sampai kedinding mereka tidak ada pilihan lain. Demokrasi itu hanya dipercayai selagi mereka boleh hidup dan bernegara ditanah air sendiri. Tetapi jika mereka hilang kuasa bermakna mereka sudah didinding.
 
Tan Sri Muhyiddin itu hanya memberi peringatan. Jika orang melayu nampak bodoh dan lemah itu jangan sampai naik keatas kepala. Tulah nanti.

Isnin, 16 Ogos 2010

CHUA SOI LEK BAGI MESEJ KERAS PADA NAJIB

Kata-kata Penutup ucapan Chua Soi Lek Presiden MCA dikongress Ekonomi MCA Ahad 14/8/2010.Semasa mengakhiri ucapan beliau, Chua Soi Lek membaca beberapa perumpamaan Cina (Confucius ) untuk ditujukan khusus kepada Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang hadir untuk merasmikan kongres tersebut.

“better be a diamond with flaws rather than a pebble without”. Also “only the wisest and stupidest of men never change” and for one “to know what is right and not to do it, is the worst type of cowardice”.

Maksudnya,

"LEBIH BAIK MENJADI PERMATA YANG CACAT DARI SEBUAH BATU YANG SEMPURNA". Juga, "HANYA MEREKA YANG MERASAKAN MEREKA PALING BIJAK DAN MEREKA YANG PALING BODOH YANG TIDAK MAHU BERUBAH" dan untuk seseorang yang "MENGETAHUI SESUATU YANG BENAR DAN BETUL TETAPI ENGGAN MELAKUKANNYA, BELIAU ADALAH ORANG YANG PALING BACUL." ( dipetik dari Blog Jelapang ).
 
DS Seri Najib tersenyum mendengarkan perempumaan tersebut. Rasanya tidak pernah lagi PM dihidangkan dengan ucapan semanis itu dalam mana persidangan yang dia pernah hadir sejak mula dia melangkah kaki dalam politik Tanah Air. Walaupun ucapan itu ditujukan kepada DS Najib, tetapi ia memberi makna dan mesej keseluruh orang melayu dan bumiputera.
 
Manis sungguh budi bahasa Presiden MCA itu. Semoga 12 resolusi itu dapat di laksanakan oleh kerajaan  kerana budi bahasa yang indah itu. Mengapa tidak minta jawtan Perdana Menteri itu diberi kepada MCA ? bukankah MCA boleh buat semua seperti pemerintahan 14 hari selepas zaman pemerintahan Jepun diTanah Melayu ?.!!.  
 

Khamis, 12 Ogos 2010

POLITIK DALAM ORGANISASI KAKITANGAN AWAM PULAU PINANG

Robbin, S.P(1996).dalam bukunya Organizational Behavior, Concept, Contraverscies and Applcations ( 7th ed.) mengkelaskan dua faktor penting mempengaruh gelagat politik dalam organisasi.

Pertama Faktor individu, setiap pekerja mempunyai perbezaan samada personaliti, keperluan dan kehendak. Individu yang mempunyai lokus kawalan diri yang tinggi sudah tentu cenderung memliki kuasa. Individu pakar, mahir dan tinggi pengetahuan serta mempunyai hubungan yang baik dengan lain-lain individu gelagat politiknya lebih terserlah kerana mereka lebih mendapatkan sokongan, membuat desakan, menjustifikasi tindakan dan sebagainya.

Kedua adalah Faktor sokongan, persekitaran yang ada dalam organisasi seperti budaya organisasi tidak konsisten, tidak telus dalam membuat keputusan, sistem penilaian prestasi yang kabur, ganjaran yang tidak jelas, agihan sumber yang tidak adil sebagai faktor berpolitik dalam organisasi.

Robbin juga menambah bahawa ada banyak faktor-faktor lain yang menjurus kepada politik dalam organisasi. Antaranya adalah matlamat organisasi yang kabur, sumber-sumber terhad, persekitaran dan perubahan dalam organisasi itu sendiri contohnya dalam kontaks Pulau Pinang, pihak atas tidak menghormati para kakitangan, penyelewengan dari matlamat, memutar belitkan fakta serta pembohongan dan persekitaran kerja yang tidak tenteram dan aman.

Teknik-teknik berpolitik dalam organisasi.

Robbin (1996) menggariskan teknik-teknik berpolitik yang sering digunakan oleh para pekerja:

1. Menyalahkan orang lain- tidak mengaku salah sendiri.

2. Kissing up - sentiasa mengampu, sentiasa bersetuju walaupun dalam hati tidak bersetuju, suka mengiyakan apa sahaja yang dilakukan atau diputuskan

3. Menggilap buah epal- cuba memuji, mengampu dan menambah lebih-lebih atas sesuatu kejayaan kecil

4. Passing the buck - mengalih perhatian masalah sendiri kepada orang lain.

5. Covering your rear- cuba menyembunyikan kelemahan yang ada pada diri sendiri dengan melakukan sesuatu untuk mengalihkan pandangan.

6. mewujudkan komflik- melaga-lagakan satu pihak dengan pihak yang lain supaya berbalah dan berpecah.... hehehe.

7. membangunkan sekutu bagi mempertingkatkan sokongan

8. Meniup wisel - menghebuh-hebuhkan keburukan organisasi kepada pihak luar. hu..hu...hu....

Inilah sebahagiannya dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Anwar terhadap kakitangan Awam di Pulau Pinang. Untuk itu 'spin' teknik yang sama dan kemudian kita lihat result. Siapa kuat kah... kah... kah..

Angkat topi bro.... hehehe, huhuhu, kah..kah..kah....

Jumaat, 6 Ogos 2010

PEGAWAI KERAJAAN DI PULAU PINANG BOLEH BERPOLITIK ///

Pegawai-pegawai kerajaan di Pulau Pinang boleh berpolitik sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bermain politik dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Tidak adil bagi pentadbir jika ahli politik seperti LGE mempolitikan para pentadbir. Dalam kes SDO Pulau Pinang yang menjadi mangsa LGE kerana mempolitikan pentadbir sudah cukup alasan pegawai-pegawai tadbir dibolehkan berpolitik.

Mengambil contoh, semasa LGE membuat tohmahan kepada pengarah pembangunan itu, dia mengatakan didalam media  dia menafikan  bahawa dia tidak pernah mengatakan SDO itu lidah biawak, tidak profesional dan sebagainya.

Kemudian, LGE juga mendakwa bahawa dalam majlis perasmian keretapi Bukit Bendera SDO tidak memberikan  tempat duduk khas kepadanya sehingga diselesaikan oleh dua menteri ( dia ingat kerja SDO mengatur kerusi). Ehh.. commonla bebal. Kerusi diatur oleh departmen prokol bagi majlis rasmi kerajaan. Jika tak pernah jadi anggota tinggi kerajaan tanyalah orang, bebal..... bodoh...

Tetapi ternyata dalam vedeo yang ditayangkan oleh bloggers bahawa dia ada mengatakan bermacam-macam terhadap pegawai itu. Dan didalam gambar-gambar juga jelas bahawa tempat duduk khas untuknya ada disediakan malah ada diletak tanda nama langsung.

Ini Jelas bahawa dia menjadikan pentadbir sebagai mangsa politiknya dan jika pegawai-pegawai tidak bertindak balas sudah tentu menjadi  'lauk' LGE. Oleh itu para pentadbir boleh mengadakan pendekatan politik juga dengan KM itu sebelum menjadi mangsa selanjutnya.

Rabu, 4 Ogos 2010

LIM GUAN ENG MAKAN PENAMPAR LELAKI MELAYU ///

Berita ini dipetik dari House PK (sila klik HPK).

Lim Guan Eng makan penampar dan penyepak seorang lelaki melayu 60 tahun ditempat letak kereta Pulau Pinang - Jelutong pagi tadi.

Lelaki melayu itu tiba-tiba muncul tiada siapa yang sedar lalu menampar muka kiri dan kanan Lim Guan Eng empat kali dan penyepak  baru pengawal peribadi menghalang dan menangkap lelaki melayu itu.

Guan Eng tidak membuat repot polis terhadap lelaki itu kerana malu dan bimbang gempar.

Tamparan itu ada kaitan dengan kes melayu kena halau dari tanah dijelutong baru-baru ini.

Ulasan: Tidak pernah berlaku mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar kena penyepak dan pelempang oleh rakyat sebelum ini walau sebesar mana marahnya. Tetapi LGE makan penampar ini, satu petanda yang sangat tidak baik apabila muncul golongan berani yang luar biasa seperti ini.

Selasa, 3 Ogos 2010

MELAYU PULAU PINANG GAWAT KERANA ANWAR ///

Melayu Pulau Pinang jadi gawat hari ini kerana kehendak Anwar. Anwar tutup mata atas semua yang berlaku bagi mendapatkan undi Cina. Anwar sanggup korbankan orang melayu ditangan LGE DAPig bagi mencapai cita-citanya untuk Jadi PM. Sebab itu LGE DAPig naik tocang.

Lihat sahaja di Selangor, apa yang terjadi di Pulau Pinang seakan-akan sama sahaja di Selangor.  Anwar gagal untuk menggantikan Khalid gagak dengan Azmin gomo nya telah membuat langkah lain dengan menggalakkan DAPig  menindas melayu.

DAPig tidak berani berbuat demikian jika tidak dapat greenlight dari Anwar.  Keberanian DAPig menindas melayu tidak ditegur oleh  Anwar malah mereka termasuk Khalid gagak bersetuju dengan pandangan DAP. PAS juga berdiam diri. Demi menjaga ikatan mereka yang songsang itu segala kepentingan melayu dibenarkan untuk dipijak-pijak. PAS pula tidak mengaku melayu. Mereka hanya jaga Islam sahaja.

Anwar minta mahkamah tangguhkan kes liwatnya. Dia sangat cemburu kepada DPP manis itu dan menuduh DPP dengan Saiful gila-gila. Sebab dia ingat Saiful dan DPP itu macam dia.

Anwar sangat takut pada hari keputusan kesnya. Apa yang dibuat adalah mencari helah melewat-lewat kesnya dengan berbagai alasan. Tetapi semua karut-marut.

Berdasarkan kelakuannya itu ' rakyat sebagai juri  dan hakim' sudah nampak Anwar bersalah. Hanya masa menentukan. ///