Isnin, 16 Ogos 2010

CHUA SOI LEK BAGI MESEJ KERAS PADA NAJIB

Kata-kata Penutup ucapan Chua Soi Lek Presiden MCA dikongress Ekonomi MCA Ahad 14/8/2010.Semasa mengakhiri ucapan beliau, Chua Soi Lek membaca beberapa perumpamaan Cina (Confucius ) untuk ditujukan khusus kepada Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang hadir untuk merasmikan kongres tersebut.

“better be a diamond with flaws rather than a pebble without”. Also “only the wisest and stupidest of men never change” and for one “to know what is right and not to do it, is the worst type of cowardice”.

Maksudnya,

"LEBIH BAIK MENJADI PERMATA YANG CACAT DARI SEBUAH BATU YANG SEMPURNA". Juga, "HANYA MEREKA YANG MERASAKAN MEREKA PALING BIJAK DAN MEREKA YANG PALING BODOH YANG TIDAK MAHU BERUBAH" dan untuk seseorang yang "MENGETAHUI SESUATU YANG BENAR DAN BETUL TETAPI ENGGAN MELAKUKANNYA, BELIAU ADALAH ORANG YANG PALING BACUL." ( dipetik dari Blog Jelapang ).
 
DS Seri Najib tersenyum mendengarkan perempumaan tersebut. Rasanya tidak pernah lagi PM dihidangkan dengan ucapan semanis itu dalam mana persidangan yang dia pernah hadir sejak mula dia melangkah kaki dalam politik Tanah Air. Walaupun ucapan itu ditujukan kepada DS Najib, tetapi ia memberi makna dan mesej keseluruh orang melayu dan bumiputera.
 
Manis sungguh budi bahasa Presiden MCA itu. Semoga 12 resolusi itu dapat di laksanakan oleh kerajaan  kerana budi bahasa yang indah itu. Mengapa tidak minta jawtan Perdana Menteri itu diberi kepada MCA ? bukankah MCA boleh buat semua seperti pemerintahan 14 hari selepas zaman pemerintahan Jepun diTanah Melayu ?.!!.  
 

Tiada ulasan:

Catat Komen