Khamis, 12 Ogos 2010

POLITIK DALAM ORGANISASI KAKITANGAN AWAM PULAU PINANG

Robbin, S.P(1996).dalam bukunya Organizational Behavior, Concept, Contraverscies and Applcations ( 7th ed.) mengkelaskan dua faktor penting mempengaruh gelagat politik dalam organisasi.

Pertama Faktor individu, setiap pekerja mempunyai perbezaan samada personaliti, keperluan dan kehendak. Individu yang mempunyai lokus kawalan diri yang tinggi sudah tentu cenderung memliki kuasa. Individu pakar, mahir dan tinggi pengetahuan serta mempunyai hubungan yang baik dengan lain-lain individu gelagat politiknya lebih terserlah kerana mereka lebih mendapatkan sokongan, membuat desakan, menjustifikasi tindakan dan sebagainya.

Kedua adalah Faktor sokongan, persekitaran yang ada dalam organisasi seperti budaya organisasi tidak konsisten, tidak telus dalam membuat keputusan, sistem penilaian prestasi yang kabur, ganjaran yang tidak jelas, agihan sumber yang tidak adil sebagai faktor berpolitik dalam organisasi.

Robbin juga menambah bahawa ada banyak faktor-faktor lain yang menjurus kepada politik dalam organisasi. Antaranya adalah matlamat organisasi yang kabur, sumber-sumber terhad, persekitaran dan perubahan dalam organisasi itu sendiri contohnya dalam kontaks Pulau Pinang, pihak atas tidak menghormati para kakitangan, penyelewengan dari matlamat, memutar belitkan fakta serta pembohongan dan persekitaran kerja yang tidak tenteram dan aman.

Teknik-teknik berpolitik dalam organisasi.

Robbin (1996) menggariskan teknik-teknik berpolitik yang sering digunakan oleh para pekerja:

1. Menyalahkan orang lain- tidak mengaku salah sendiri.

2. Kissing up - sentiasa mengampu, sentiasa bersetuju walaupun dalam hati tidak bersetuju, suka mengiyakan apa sahaja yang dilakukan atau diputuskan

3. Menggilap buah epal- cuba memuji, mengampu dan menambah lebih-lebih atas sesuatu kejayaan kecil

4. Passing the buck - mengalih perhatian masalah sendiri kepada orang lain.

5. Covering your rear- cuba menyembunyikan kelemahan yang ada pada diri sendiri dengan melakukan sesuatu untuk mengalihkan pandangan.

6. mewujudkan komflik- melaga-lagakan satu pihak dengan pihak yang lain supaya berbalah dan berpecah.... hehehe.

7. membangunkan sekutu bagi mempertingkatkan sokongan

8. Meniup wisel - menghebuh-hebuhkan keburukan organisasi kepada pihak luar. hu..hu...hu....

Inilah sebahagiannya dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Anwar terhadap kakitangan Awam di Pulau Pinang. Untuk itu 'spin' teknik yang sama dan kemudian kita lihat result. Siapa kuat kah... kah... kah..

Angkat topi bro.... hehehe, huhuhu, kah..kah..kah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan