Rabu, 18 Ogos 2010

TIKAM LIDAH TAN SRI MUHYIDDIN VS CHUA SOI LEK BERBAHANG

Tikam lidah antara Tan Sri Muhyiddin Yasin TPM, dengan Presiden MCA  DS Chua Soi Lek kian meletup dan berbahang macam orang sedang membakar lemang.  Tan Sri Muhyiddin kata:

" .....tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman). Saya berharap tidak akan berlaku lagi"

Chua Soi Lek Kata:

"Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman. Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka." - kenyataan Chua Soi Lek dalam membalas kenyataan Muhyiddin Yassin semalam.

 
Chua Soi Lek mendakwa bahawa MCA tidak merancang untuk mengambil apa yang menjadi hak kaum lain. Tetapi dia abai salah satu dari resolusi MCA itu menyentuh tentang tuntutan terhadap pengstruturan GLC. Apa yang dikumpulkan oleh GLC itu sebahagiannya adalah antara kandungan ekuiti 19 % yang dicapai atas nama bumiputera selepas 40 tahun DEB.  
 
Bangsa melayu ini adalah satu bangsa yang sangat toleren, sabar dan mudah menerima dan nampak kurang bersatu. Tetapi jika mereka sudah ditolak sampai kedinding mereka tidak ada pilihan lain. Demokrasi itu hanya dipercayai selagi mereka boleh hidup dan bernegara ditanah air sendiri. Tetapi jika mereka hilang kuasa bermakna mereka sudah didinding.
 
Tan Sri Muhyiddin itu hanya memberi peringatan. Jika orang melayu nampak bodoh dan lemah itu jangan sampai naik keatas kepala. Tulah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan