Sabtu, 21 Ogos 2010

TAN SRI ALIMUDDIN M DOM - JANGAN MELULU ///

Terus terang dinyatakan bahawa majoriti bangsa melayu kecuali puak pengkhianat, sekarang merasa merasa tertekan dengan tingkah laku dan kebiadapan kaum lain kepada orang melayu. Rasa tekanan ini telah mencetuskan beberapa insiden yang kurang baik sebagai pentanda tekanan tersebut telah memuncak.

Terbaru ini seorang Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdul Rahman Putra, Kulai Johor, Hajjah Siti Inshah Mansor   mengamuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar cina dan India. Dipercayai berpunca dari 'gaya samseng' pelajar sekolah tersebut telah mencetuska perasaan tidak tahan pengetua itu, menambahkan lagi tekanan perasaan sentiasa marak kerana kebelakangan ini kaum-kaum lain begitu biadap membangkitkan isu-isu sensitif kepada orang melayu.

Kata-kata kesat kepada pelajar itu hanyalah cetusan kepada rasa tidak puas hati terhadap  kaum lain  yang lama bertapak dihati. Sebenarnya pada orang melayu boleh dikatakan perasaan itu telah menguasai majoriti dari mereka  tetapi mereka dapat mengawalnya kerana tidak terserempak dengan keadaan yang ekstrim seperti yang dihadapi oleh Pengetua berkenaan.

Desakan dari Pemuda Barisan Nasional dan sebaris dengan desakan parti politik lain bertambah menekan perasaan orang melayu dalam senyap dan adalah silap jika mengatakan hanya pengetua itu sahaja yang rasa  tertekan dengan apa jua tindakan. Orang melayu sedar setiap kali apa jua isu agama, perkauman mereka menjadi mangsa. Tetapi ada pihak yang bakar bendera, menyanyikan lagu negaraku mencarut negara dan orang melayu dengan senang bebas.

Oleh itu Tan Sri Alimuddin M.Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Jawatankuasa penyiasat jangan mengambil tindakan sebarangan terhadap pengetua itu kerana jika silap ianya akan menambahkan lagi tertekan dan tapuk hitam dalam perasaan orang melayu.

2 ulasan:

  1. Salam.Jika ada mana mana pemimpin melayu yang mengambil timdakan terhadap pengetua sekolah tersebut.ini bermakna pemimpin tersebut termasuk didalam golongan bangsat

    BalasPadam
  2. betul sangat bro TN. Siapa yang ambil tindakan pada wirawati kita itu bangsat waldayus. Naikan pangkatnya orang itu kita anggap hero melayu. Berani ditanah air sendiri dan ank jantan boleh diharap.

    BalasPadam