Ahad, 29 Ogos 2010

PROVOKASI BENDERA - RAKYAT MALAYSIA TAK MASUK PERANGKAP


Provokasi Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia dengan demonstrasi upahan tidak menarik minat rakyat Malaysia untuk reaksi terhadapnya.  Rakyat Malaysia sudah masak dengan pasukan demonstrasi upahan itu memasang perangkap supaya rakyat Malaysia latah dan bertindak balas.

Orang yang makan upah akan membuat apa sahaja yang disyaratkan oleh penaja. Walau pun tidak diketahui siapa dalangnya tetapi mereka berkerja atas dasar berapa banyak upahan yang diterima. Jika upah sudah kurang, kerjanya juga akan  perlahan dan bilangan kumpulannya juga makin berkurangan.

Walaupun rakyat Malysia sangat marah, tetapi akal dapat menguasai emosi. Akhirnya mereka surut sendiri. Kepenatan dan sia-sia. Mereka mengharapkan agar Malaysia ikut rentak mereka. Jika ikut rentak mereka, maka support terhadap mereka meningkat dan akan memburukkan lagi keadaan. Tetapi sebaliknya rakyat Malaysia nampak 'cool'. Penaja pun habis modal.

Apa yang berlaku diIndonesia pengalaman itu pernah diimpot keMalaysia tahun 1998. Modes operandy yang sama. REFORMASI. Mereka datang berdemo ada upah RM 50 sehari kepada sesiapa yang tidak berkerja. Mereka mengambil elaun dari mana kaunter KFC yang pro aljuburi pada ketika itu. Lama-lama,  tabung reformasi kosong, kesan tidak seberapa melainkan merosakan harta benda awam dan menyusahkan polis dan orang ramai sahaja. Hilang begitu sahaja. Hari ini berapa ramai pemuda reformasi itu menyokong kerajaan  kerana mereka sedar mereka diperbodohkan?.

Di Indonesia yang menunggu kerja demonstrasi itu ada segelintir. Mereka bukan suka-suka atau kerana perjuangan sebenarnya sebaliknya cari makan. Jika terdapat isu-isu dalaman seperti zaman usaha menyingkir Presiden Suharto dahulu ya itu melibatkan sebahagian besar rakyat Indonesia kerana mahukan demokrasi sepenuhnya.

Indonesia akan rugi terus jika kacau bilau begitu. Sebahagian besar pendapatan Indonesia adalah sektor pelancungan. Rakyat Malaysia suka dan berbelanja di Indonesia disamping urusan keluarga, bisnes, belajar dan sebagainya. Dengan keadaan seumpama itu akan menjadikan pendapatan berkurangan. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang takut kesana, orang negara lain pun takut juga. Kan bodoh?.

Di Malaysia pun ada pemimpin yang gemar berdemo seperti itu. Sikit-sikit demo. Dia suka dan nampak dia hebat bila oarng berdemo. Dalam masa yang sama dia suka rakyat tiada pendapatan dengan harapan jika rakyat susah rakyat akan berpaling menyokongnya. Apakah pemimpin baik namanya hidup atas ehsan orang susah?. Ikan kering disuruh berenang.

Dia suka keadaan kacau bilau. Nasib baik  gawat tahun sekitar 1996 Tun Dr.Mahathir tidak setuju IMF injeksi wang untuk mengatasi kegawatan ekonomi Malaysia. Ikut menteri kewangan pada waktu habis punah ranah Malaysia dijajah semula. Tun Dr Mahathir buat tindakan drastik dengan mengikat matawang Malaysia dengan nilai RM3.80 setiap satu dollar. Seterusnya mengadakan pre emtif ekonomi. Tahu tak berapa intrest rate pada waktu itu?  menteri kewangan naikan intrest hingga  14%. Bodoh punya kerja. Siapa boleh berniaga? penjual kereta melengoh  kereta tidak laku.

Jadi kita tidak boleh ikut rentak sebilangan kecil pendemo upahan di Jakarta. Mereka cari makan kerana itu. Tahniah rakyat Malaysia tidak melatah.

Tiada ulasan:

Catat Komen