Jumaat, 16 Julai 2010

TERENGGANU AKAN REPUT SEMULA PRU 13

KRISIS POLITIK UMNO TIDAK BERUBAH

Gila punya kerja empat orang ADUN Setiu tidak hormat TPM datang. Haramjadah punya wakil Rakyat. Tunjuk keras kepala tidak tentu hala, seolah-olah kedudukan sebagai ADUN itu warisan nenek moyang mereka.

Keempat-empat itu calon ADUN UMNO. Mereka sudah melampau tidak hormat pada institusi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Jika tidak hormat kepada kepada Tan Sri Muhyidin Yassin selaku peribadi, hormatilah institusi KePresidenan. Individu boleh bertukar tetapi institusi kekal selagi memerintah.

Mengapa begitu kurang adab?. Jika berlaku perkelahian dalam rumah jangan dedah pada khalayak ramai. Jika hati ada dendam kesumat, jangan sampai tunjuk pada orang ramai. Tidak kadar diri, itulah jenis melayu mudah lupa diri. Cermin diri baik-baik.

Di beri tahu bahawa antara empat Adun itu ada yang berkedudukan sebagai Exco Kerajaan Terengganu. Menteri Besar kena jawab mengapa Exconya berkelakuan begitu. Apakah tindakan MB selepas ini?.Kita tunggu dan lihat.

DS Hishamuddin sebagai Ketua Perhubungan Terengganu harus juga dipertanggung jawabkan. Apa yang dilakukan selama jadi Ketua Perhubungan UMNO Terengganu sehingga krisis negeri belum pulih-pulih. Bila di tanya semua ok. Beres. Selesai. Bagaimana untuk diharapkan menerajui masa hadapan jika masalah kecil tidak dapat ditangani.

Jika ada pemilihan parti merekalah orang yang paling laju mengejar jawatan. Tetapi bila tidak terpilih, seret parti jadi tidak bermaruah.

UMNO Malaysia harus fikir secara mendalam. Parti mesti dikemaskan selewat-lewatnya tahun hadapan. Kian banyak bahagian bermasalah. Jika orang biasa berperangai seumpama itu tidak mengapa. Jika taraf wakil rakyat buat begitu, alamat besar koyaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan