Ahad, 18 Julai 2010

SETIU APAKAH TINDAKAN TERHADAP EMPAT ADUN

JAWATANKUASA PENGURUSAN WAJAR AMBIL TINDAKAN DISIPLIN

Jawatan kuasa pengurusan UMNO  Malaysia harus mengambil tindakan tertentu kepada empat orang ADUN Setiu yang tidak hadir kemajlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Setiu sebagai teladan kepada pemimpin lain dimasa hadapan.

Mereka harus diberi tunjuk sebab mengapa mereka tidak hadir keMajlis itu kerana mereka berkedudukan sebagai wakil rakyat yang mewakili UMNO. Mereka juga wajar dipanggil untuk didengar sebelum tindakan selanjutnya.

Jika mereka dilepaskan begitu sahaja, akan menjadi teladan kepada ahli-ahli lain untuk tidak menghormati hari yang sangat penting bagi UMNO diperingkat Bahagian. Walau pun mereka tidak bertaraf perwakilan, sekurang-kurangnya mereka hadir diwaktu perasmian sebagai tanda menghormati bahawa mereka adalah ADUN mewakili UMNO.

Tidak salah jika mereka mempunyai alasan yang kukuh dan tidak dapat dielakan. Tetapi ketidak hadiran mereka itu  dianggap oleh pemerhati diseluruh negara sebagai satu pakatan untuk memboikot majlis itu.

Kes ini menarik perhatian ahli-ahli UMNO untuk mengetahui apakah perilaku mereka itu samada melanggar disiplin parti  atau hanya satu moral ahli-ahli UMNO yang berjawatan sebagai wakil rakyat.

Perilaku empat ADUN ini merupakan satu perilaku baru yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan jika ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja ahli-ahli beranggapan bahawa perbuatan itu tidak bersalah dan dibolehkan.

Kedudukan ahli yang melebihi 3 juta orang jika tidak didisiplinkan, suatu hari ianya akan bercelaru dan sukar diatasi kerana lewat.  

1 ulasan:

  1. Salam.Kalau ADUN tidak datang ke mesyuarat perwakilan UMNO ,ini bermakna mereka tidak berminat untuk berkhidmat,dan cara terbaik ialah mengugurkan mereka dari jawatan ADUN.Apa susah?.Mereka kelihatan tidak commited dengan jawatah mereka.UMNO memerlukan pemimpin yang commited.

    BalasPadam