Rabu, 1 September 2010

PAS TANDA TANGANI PERSETUJUAN TIADA LAGI NEGARA ISLAM


                        Shssss... kali ni kito tipu melayu. koho... koho lah

Pas telah menanda tangani persetujuan menggugurkan hukum hudud dan konsep negara Islam dalam kelansungan perjuangannya bersama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat. Walaupun peringkat awal agak kecuh antara Nik Aziz dengan Karpal Singh tetapi akhirnya secara aman menerima kedudukan masing-masing. Itulah yang sebenarnya berlaku.

Walau bagaimana pun DAP dan PKR harus menutup sebelah telinga dan mata jika PAS meneruskan kempen  atas nama membentuk negara Islam dikawasan pengundi melayu Islam, kerana mereka mesti sedar bahawa PAS hidup selama ini atas dasar slogan itu. Jika lakunan PAS dikesan oleh penyokong mereka sudah tentu PAS tidak mendapat sambutan dari orang melayu Islam.

Sebagai signalnya PAS bersedia bersikap liberal dikawasan-kawasan bukan tumpuan PAS terutama dalam berkerjasama dengan DAP. Sebab itu PAS menggalakkan DAP mengunjungi masjid-masjid terutama diPulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan mana-mana kawasan bandar yang difikirkan boleh membina persefahaman.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan negara.

Jelas beliau, untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Kenyataan Zaid itu dikeluarkan ekoran pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini.

Berdasarkan perkembangan terkini, ternyata PAS tidak lagi berjuang atas landasan menuju hukum hudud dan negara Islam. Sebalik jelas bahawa mereka telah mengubah haluan membentuk perjuangan sekular. Liberalisasi PAS lebih tidak bersempadan dari UMNO. PAS telah membentuk idealisma baru perjuangan mereka  berteraskan `kerusi` dan putrajaya bersama DAP dan PKR.

Oleh itu umat Islam tidak boleh bergantung lagi kepada PAS jika mereka mengharapkan 'Islam' itu menjadi agama rasmi negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen