Selasa, 7 September 2010

KISAH PAS BARU KAWIN DAP - HUWEK !!!


Semasa aku sekolah Menengah, aku tinggal diasrama putera bersama 250 rakan-rakan dari seluruh daerah Bandar kecil. Asrama puteri dihadapan Asrama putera tetapi dipisahkan oleh kantin asrama. Asrama puteri memuatkan 250 orang juga.

Biasalah ketika belasan tahun ramai mengalami ‘cinta monyet’. Tulis surat pada awek yang berkenan dihati. Jika dibalas malam payah tidur letak surat bawah bantal. Baca 20- 30 kali. Kalau tak balas angau tak tentu arah.

Seorang kawan aku telah jatuh hati pada seorang awek. Satu malam aku intai dia tulis surat untuk kenalan. Waktu tengah malam dia pos surat melalui saudara perempuan dihostel yang sama kepada awek itu lepas minum teh habis study malam.

Aku buat tak tahu, hanya tengok gelagat dia sehari dua itu. Nampak gelisah dan banyak menung. Rupanya awek itu tak balas surat itu. Awek itu malu agaknya. Lagi pun bukan selera awek itu agaknya.

Dalam masa bual-bual sebulan dua lepas itu dia kata dah dia join group anti- girl diasrama itu. Group itu tak kisah tentang awek. Mereka anti awek. Tak suka dengar orang cerita tentang awek. Sampai habis tingkatan lima dia dan groupnya kekal anti girl.

Walau pun sudah berpisah lepas sekolah kami rajin jumpa. Akhirnya masing-masing dapat kerja. Hubungan tidak putus juga. Pada usia aku 25 tahun aku pun kahwin. Dia datang keperkahwinan aku. Tak lama aku lepas kahwin aku pindah kerja tempat lain. Kuala Lumpur. Tapi balik kampung aku mesti cari dia.

Pada ketika aku sudah dua anak dia masih belum kahwin. Masih anti girl. Pada usia 37 tahun keluarga dia atur  bertunang dengan satu awek terlajak juga. Dua-dua setuju mereka pun kahwin tahun lepas. Isteri dia tua tiga tahun dari dari dia.

Sejak kahwin dia tak keluar rumah bila balik waktu kerja. Aku balik kampung cari dia pun sudah tidak mahu keluar minum teh kedai mamak lagi macam dulu. Aku dengan kawan-kawan aku yang lain macam biasa bila aku balik kita orang lepak dikedai mamak.

Satu kali dia keluar lepak sama. Hari itu aku dan rakan aku asyek dengar cerita dia dengan isterinya sahaja. Dia menyesal kalau dia tahu kahwin itu sedap sudah lama dia kahwin. Dia cerita isteri dia sayang sangat pada dia dan cerita macam-macam lagi macam mana isteri dia layan dia. Semua keluar. Kami duduk jolok soalan sahaja. Semua dia jawab tanpa segan silu. Malam pertama macam mana ? kah..kah..kah.. Eh.. dia cerita juga.

Kami tak boleh buka tajuk cerita lain sebab dia ghairah sangat cerita dia dengan isterinya. Kadang-kadang kami rasa telinga kami penuh air.

Begitulah rupanya kalau orang berjumpa satu nikmat dan kesukaan pada hal orang lain semua dah lama rasa. Orang lain pergi pada satu tahap nak rasa macam mana kawin satu lagi Kah…kah…kah… Kadang-kadang naik geleman mendengarnya. Tapi layan juga sebab tak bagi dia kecil hati.

Aku teringat kepada PAS dengan DAP. Cara mereka sekarang macam cerita kawan aku itulah. Mereka baru kahwin, wow cinta kasihnya meletup. Jalan pegang tangan… ishh meluat. Dulu saling benci membenci. Tapi bila Allah paling hati, saudara sama muslimin dikatanya kafir. Mereka tidak kira apa orang kata, mereka saling belai membelai sampai Anwar Ibrahim PKR dah naik cemburu. Yang paling menyampah sekali bila situa Nik Aziz nampak lebih ghairah dari orang lain dalam melepaskan kasih sayangnya kepada DAP. "Can I   uck..  you today? "   Uwek.. huwek.. herk. Uwek !!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan