Khamis, 16 September 2010

CUEPACS - CUKUPLAH 58 TAHUN KERJA APA LAGI ?


CUEPACS,  dengar sini karok nak cakap !! . Karok nak bercakap dengan 1.2 juta orang anggota perkhimatan awam. Hey sahabat cukuplah kerja sampai umur 58 tahun.  Itu kan dah tua. Bila masa berehat kalau sampai umur 60 terkial-kial nak kejar time pergi tempat kerja  lagi ?..

Tak payahlah ikut Singapore, Indonesia dan Thailand sampai 60 tahun. Dari umur 55 naik sampai 58 pun dah semput tau?.

Majoriti dari sektor awam itu kan orang Islam. Biarlah ada masa berehat, tenang menikmati hujung kehidupan. Duit ni tak pernah cukup kalau ikutkan hati. Tak takut mati ke?. Usia lepas bersara 58 ni eluklah tunggang langgang buat ibadat pula. Kita kan orang Islam. Bukan makna masa kita kerja itu tak buat, tapi ibadat tengah sibuk agak lain konsentrasinya !.

Lagi pun bila umur dah tua-tua begitu komitmen kerja itu dah kurang . Kalau duduk ditop level tu bolehlah tahan. Kalau pekerja sokongan dan pekerja rendah itu banyak yang karok lihat mengantuk dan menguap lebih!. Dalam sektor awam kumpulan itulah yang paling besar ikut piramidnya.

Cuepacs, macam mana nak tingkat produktiviti kalau golongan patut bersara masih berkerja?. Itu sebab sektor awam lembab dan lambat buat keputusan. Jadi mangsa rakyatlah.

Kalau sambung sampai 60 tahun, sektor awam akan mandul tahu tak?. Tidak berlaku perubahan dalam perjawatan tempuh dua tahun dari sekarang. Bila sambung dari 55 ke 58 tahun hari itu, sampai sekarang jawatan sektor awam masih mandul.

Golongan yang baru habis sekolah, yang muda-muda itu nak campak kemana?. Setiap tahun tidak kurang 200 ribu keluar IPT, mana nak serap?. Swasta. Berapa ramai bumiputera terlibat dalam SME yang boleh tampung perkerja yang besar jumlahnya?.

Bukan bermakna nak tolak orang tua, tapi karok pun tahulah sebab karok pun dah tua. Masa banyak nak berehat dan tenang. Rasa bosan ikut perintah orang ni memualkan bila dah capai umur begitu.

Lagi pun kita dah tua, cukuplah KWSP atau pencen yang kita terima kerana kita tidak banyak komitmen lagi. Anak-anak dah besar, lepas belaka. Kecuali nikah dua tiga, benih menjadi pula. Anak-anak masih kecil. Berapa orang begitu?. Kah.. kah...kah...

Sektor awam bukan sektor kebajikan Bro !. Sektor itu memerlukan khidmat yang cekap, pantas,bertenaga dan bersinergi. Eluklah ramai golongan muda buat kerja itu.

Bila bersara kita boleh rasa hidup bebas seperti sivilian lain. Kita nikmati kemasyarakatan kita tanpa pangkat, jawatan selama ini orang nilai kita kerana jawatan kita. Kalau kita ada kuasa dulu, orang kejar kita. Tapi bila kita bersara apa nilai mereka pada kita. Disitu kita insaf.

Ingatlah, ramai orang sedang tunggu kerusi kita jika kita kosongkan. Mereka mahu hidup juga. Yang masih muda akan berumah tangga. Beranak pinak, memerlukan pendapatan. Dengan adanya kita, lepas lanjut.. lanjut jadi mereka masih menanti juga.

Sebagaimana yang karok kata tadi, wang tidak pernah habis dicari. Kita akan puas hanya perut kita akan diisi tanah sahaja. Bersyukurlah kita diberi perkhidmatan sampai usia kita mencapai 58 tahun.

Patah tumbuh hilang berganti. Lapangkan orang selepas kita kerana memberikan kelapangan kepada orang lain Tuhan akan lapangkan kita diakhirat.  Cukuplah 58 tahun. Tak payahlah desak-desak lagi supaya kerajaan buat keputusan. Minta naik gaji itu setuju supaya pencen itu juga besar sikit.

Kalau dah tua-tua macam gambar atas  nak buat kerja buat apa? rehatlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan