Selasa, 14 September 2010

MCA HANYALAH PARTI PENGUGUT


MCA adalah sebuah parti politik kaum cina yang begerak atas ugutan bukan berjuang atas perkhidmatan mereka yang cemerlang kepada kaum  itu. Sejauh ini mereka tidak menampakan berkerja bersungguh membantu kaum itu melainkan mencari isu-isu yang boleh ditenggek menampakan mereka berkerja.

Keadaan mereka seperti seekor kura-kura yang menyorokan kepala dan berfikir orang lain tidak nampak mereka. Ia berlaku dimana-mana. Ternyata parti itu tidak mampu lagi mendapatkan sokongan kaum cina dan akan menjadi sebuah parti yang sama dengan Gerakan dalam PRU 13.

Mereka lebih takutkan Perkasa dari DAP. Pada hal Pertubuhan Perkasa itu hanyalah sebuah badan NGO yang tidak ada matlamat politik pilihan raya. Mereka menakuti Perkasa yang kononnya menghantui mereka. Mereka tidak takut kepada DAP yang mengalahkan mereka dalam pilihan raya.

MCA menjadikan UMNO tempat berpaut untuk mereka memusuhi perkasa dimana sepatutnya mereka berpaut kepada UMNO untuk menyerang DAP. Jarang kedengaran seperti MCA dahulu, mereka menyerang DAP. Malah hanya mengutip isu-isu perkauman yang di ecer DAP dan Pakatan Rakyat sebagai menghidupkan perjuangan mereka dimedia.

Rata-rata tidak kedengaran ada program MCA yang gah menarik sokongan kaum cina samada dalam bentuk kebudayaan, kesukanan, Jamuan-jamuan makan malam, urusan pendidikan dan lain-lain. Sebaliknya hanya gah memainkan isu-isu dimedia, Itu sahaja yang boleh diperhatikan oleh masyarakat umum. 

Bloggers mereka juga, seperti Ti Lian Ker Komiti pusat MCA sendiri bernada seperti DAP. Apa ertinya ini?. Sepatutnya mereka berkerja, menambah bilangan pengundi, mengadakan gerakan berstrategi, menyerdahanakan pemikiran kaum cina, memberi kesedaran tentang pentingnya keamanan untuk kesetabilan perniagaan, berkerjasama dengan Dewan Perniagaan Cina, jika perlu bersama dengan komponen BN sekali. Ini tidak nampak ada usaha itu. Asyik melalak tentu fasal sahaja. Ini tidak ! ada banyak bahagian MCA berbalah dengan Dewan Perniagaan seperti anjing dengan kucing dan berkerat rotan. Patut ke ?

Ingat ! kekalahan MCA  PRU 12, apa hasil bedah siasat kelemahan dalaman MCA sendiri?. Parti-parti lain telah berbagai resolusi dikeluarkan kelemahan dan cuba memperbaiki diri. Bukan menyalahkan pihak lain semata-mata. Jangan tidak pandai menari salahkan papan jongkang jongkit !.

MCA lemah kerana kerana nyata masalah dalaman yang tidak  pernah kering. MCA lemah kerana pemimpin lupa daratan. Dapat jawatan asyik mengisi perut sendiri. Masalah rakyat dilupakan. Tidak mendalami hati nurani kaum itu sendiri. Pemimpin penuh skandal atau sekendal ( buah yang melekit boleh buat gam). Rasuah, berlagak, berebut jawatan sampai ada terbuang kelaut, perpecahan yang tidak ada usaha menyatukannya. Ini semua harus direnung kedalam diri sendiri.

Sebuah parti yang hanya bergantung kepada isu semata-mata tidak kemana jika tidak membetulkan diri sendiri. MCA harus fokus dalam kerja-kerjanya. Bukan pukul rata sahaja. Tidak perlu takut kepada sesiapa pun jika kita berusaha sedaya upaya. Orang yang takut kepada hantu adalah orang yang lemah. Apa yang kita buat orang lain nampak.

Jadi cukuplah MCA merepek hantu sana hantu sini ! Buat kerja lawan DAP itu musuh kamu yang nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan