Jumaat, 3 September 2010

JENERASI ANAK-ANAK PEMIMPIN BAKAL ROSAKAN UMNO


Tidak hairan juga pengaruh UMNO makin lama semakin merosot. Kebelakangan ini anak-anak pemimpin yang dilahirkan didalam dulang emas dan dibesarkan dengan kemewahan mula lupa perjuangan memertabatkan bangsa sendiri dengan berbagai idealisma yang meretakan perasaan orang-orang melayu .

Baru-baru ini dikonvensyen MCA, Nazir Tun Abdul Razak berucap dihadapan kepimpinan MCA seluruh negara dengan serius mengakui bahawa beliau adalah juga pendatang ke Semenanjung ini. Ia membawa makna bahawa PM hari ini juga pendatang.

Nur Jazlan Mohamed Rahmat MP Pulai, Johor pula membidas Tun Dr.Mahathir yang mahukan semangat DEB diteruskan kerana masa dua puluh tahun perlaksanaan dasar itu tidak mampu mencapai sasaran 30% oleh bumiputera. 

Artikel di dalam Malaysian Insider turut mengemukakan pandangan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor. Di antaranya :-

It would be illogical to maintain NEP-like policies. The NEP was introduced in the past because there was a gap between the Malays and the Chinese (in particular). Today, many Malays are now in the middle-class categories.

“Today, we also have so much competition from overseas, countries like China and India are growing stronger economically, it will be pointless to maintain the NEP. We do not need affirmative action,” said Umno Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed Rahmat.

He said Dr Mahathir’s argument was also “flawed” because of the fact that a majority of Malays were in the middle-class category and “have assets to lose in the event of riots or a supposed revolution.”

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,” Nur Jazlan told.

Kata-kata seumpama ini  menjadikan 'grass root' UMNO hilang punca kerana seorang demi seorang membunuh jati diri dan semangat perjuangan UMNO. Ia menjadikan UMNO sebagai sebuah organisasi sosial yang tidak ada hala tuju melainkan untuk menang pilihan raya sahaja.

Ingatlah selama ini apakah yang menjadikan UMNO itu kuat dan mendapat tempat dihati orang melayu?. Pertama adalah kita penuh yakin bahawa negara ini adalah negara asal usul melayu dan hidup mati melayu disini. Untuk hidup kita kena kuatkan ekonomi melayu kerana kita sedar bahawa melayu rata-rata miskin.

Kemudian kita akan semua mati dan ada akhirat bagi kita. Maka Islam kita amal, tegak dan pelihara supaya pegangan kita itu tetap kekal walau pun kita tiada lagi didunia. Kita mahu bahasa kita jadi bahasa rasmi sertauntuk meningkatkan mobiliti kehidupan melayu pendidikan diutamakan.

Orang melayu yang dikelaskan ramai kumpulan menengah itu adalah gulungan makan gaji. Golongan yang berniaga masih kurang. Yang DEB mahu atur itu supaya golongan berniaga itu puratanya mesti ada tiga orang melayu dari sepuluh orang. Bilangan itu bukan bandingan antara peniaga warong dengan sebuah kilang IKS.

Janganlah pakai kaca mata hitam memerhati serata-rata bila berjalan keseluruh negara melihat kejayaan orang melayu dimana-mana. Mereka masih kelas bawah hanya ada sedikit sahaja berubah. Apa yang kita lihat itu adalah realiti.

Affirmative itu bukan agihan kontrak atau pinjaman modal semata-mata. Affirmative itu mencakupi bidang yang sangat luas yang tidak mampu duibuat oleh orang melayu. Ia termasuklah biasiswa, pembangunan luar bandar, pembangunan IT, bagaimana menyelesaikan kemiskinan bandar, subsidi  harga petrol yang sikaya dapat sama,  Subsidi harga barang, insentif cukai. Semuanya itu affirmative.

Kalau kita memberi insentif cukai kepada pelabur luar negara ingin melabur disini itu maknanya affirmative pelaburan. Jika tidak sukar untuk kita menarik pelabur dan membangunkan sektor pelaburan. Apa sahaja bentuk kerajaan campur tangan samada wang atau bukan wang itu namanya affirmative. Jangalah kita lebel apa yang dibagi kepada melayu itu dasar affirmative tetapi kepada bukan melayu dan asing itu manis sedikit bunyinya 'insentif  '

Tak guna lah cakap dengan Nur Jazlan ini dia bukan budak yang ada otak sangat tetapi naik kerana ayahnya menteri yang Dr. Mahathir lantik.  kalau bukan anak menteri agaknya tak taulah....  lagipun dia separuh cina separuh jawa. ...Perrgggh......


1 ulasan:

  1. Nizar pun separuh Cina. Kena hati-hati dengan mamat-mamat darah campur ni. KJ pun macam mamak aje.

    BalasPadam