Isnin, 19 Julai 2010

PAS PARTI AJARAN SESAT - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN HARUS BERANI

Perjalanan Pas sudah jauh melencung dari ajaran sebenar Islam berdasarkan tindak tanduk dan percakapan mereka. Banyak perkara dan gelagat yang menjelaskan keadaan mereka songsang dengan ajaran lslam sebenar. Kesesatan ini kerana sifat melampau untuk merebut kekuasaan. Sesuatu yang melampau atau melewati batas akan membawa kepada ketidak tentuan iman sekali gus akidah.

Jika mereka 'patuh dan tunduk kepada Allah swt' mereka sudah tentu dapat berfikir secara rasional bahawa kuasa itu anugerah Allah swt. Patuh dan tunduk itu melibatkan soal akidah islam. Jika Allah swt tentukan bahawa kuasa itu jatuh ketangan mereka tiada yang dapat menghalang. Allah swt akan memberi jalan mudah kepada mereka jika dikehendakinya.

Kesesatan ini termasuk menolak seruan Allah swt supaya umat islam berpadu dan berpegang kepada tali Allah. Mereka lebih mengiktiraf musuh-musuh islam sebagai sahabat mereka. Mereka menolak sebahagian umat islam yang lain sebagai saudara-saudara mereka. Mereka berkerjasama dengan puak yang membenci islam sepanjang perjalanan sejarah untuk membenci sesama umat islam.

Mereka menghalalkan apa yang dilarang oleh Allah swt termasuk memutar belitkan fikiran umat islam dalam perkara yang cukup jelas hukum hakamnya dalam islam. Semua ini dirakam secara grafik, verbal dan non verbal tersimpan dalam khazanah dan boleh dibuka semula untuk dikaji tindak tanduk serta percakapan mereka.

Jawatankuasa fatwa, ulama' bebas harus berani menyatakan kebenaran dalam keadaan umat islam yang keliru dengan kekacauan yang sedang berlaku. Perkara ini bukan soal remeh, sebaliknya soal teras dalam islam. Banyak perkara-perkara yang serong keduniaan, kekuasaan yang akhirnya menimbulkan kesan kepada aqidah umat islam.

Jika Mufti Wilayah persekutuan bertegas mengharamkan modiul motivasi ESQ sebagai penyelewengan akidah, mengapa soal penyelewengan akidah dalam aktiviti merebut kuasa dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sekurang-kurangnya ada pertemuan mengkaji samada perbuatan mereka itu sudah tergelincir atau tidak kerana sebahagian besar rakyat sudah  membicarakan hal-hal sedemikian. Lantas rakyat membuat kesimpulan tanpa fatua bahawa tingkah laku itu sudah tersesat.

Sebagai ulama' harus sensitif kepada suara masyarakat terbanyak bukan sekadar membelek kitab atau hanya berani membuat keputusan kecil yang tidak besar impak sosialnya. Para ulama' juga wajar memberikan garis panduan kepada ahli-ahli politik supaya islam tidak boleh diperalatkan bagi mencapai cita-cita keduniaan dengan membelakangkan kepentingan umat islam seluruhnya.

Para ulama' harus membuat kenyataan secara kolektif agar pihak yang terkena tegur atau tempias basah dari keputusan itu memahami bahawa itu keputusan ramai dengan fikiran berbagai cabang ilmu dan sukar disangkal dan bukan pendapat peribadi.

Para ulama diseru supaya melihat dan mengkaji bahawa apa juga jalan penyelewengan akidah wajar dibenteras secara serius walau dipihak mana mereka berada. Kesesatan bukan berada ditempat tersorok semata-mata sebaliknya ia boleh berlaku secara terbuka.

Sejarah banyak menncatatkan peristiwa seumpama ini. Sejarah perang shifin antara dua kumpulan islam Muawiyah dan Syaidina Ali  lahirnya puak sesat dipanggil Khawarij kerana politik merebut jawatan khalifah. Peristiwa itu tetap berulang dalam semua zaman selagi ada 'kerajaan bumi'dikendalikan oleh manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan