Isnin, 12 Julai 2010

ANWAR TIDAK JUJUR BERKAWAN BANYAK LAGI TEMBELANG AKAN TERBONGKAR

Anwar adalah seorang yang tidak jujur dan ikhlas berkawan walau dengan sesiapa pun. Semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Salah seorang yang bawa dia menang bertanding jawatan ketua pemuda itu, Tajudin  Rahman dari Pasir Salak.Tiap-tiap kali Anwar bertanding dalam parti, Tajudin kehadapan. Jika menang Tajudinlah menjulang dan menandu Anwar dibahunya, terlalu suka.

Tajudin menyokongnya hingga dia jadi TPM. Selaku Timbalan Presiden UMNO dia juga pegang pengerusi Jawatan kuasa pengurusan parti. Semasa pertandingan UMNO diPasir Salak Tajudin Rahman disekat untuk bertanding melawan Ramli Ngah Talib pada ketika itu MB Perak dengan alasan politik wang.

Oleh kerana Ramli Ngah Talib MB, Anwar lihat kepentingan politiknya lebih besar dari Tajudin. Ramli pula ketika sangat takut pada Tajudin bertindak mengadu kepada Anwar selaku Timbalan Presiden Parti. Ramli membuat beberapa photo copy duit 1000, 500, 100 dan 50 Ringgit sevagai bahan bukti. Pada ketika itu wang kertas 1000 dan 500 masih belum dimansuhkan. Bila mesyuarat Jawatan kuasa disiplin, tanpa melihat fail aduan Ramli, anuar melempar fail tersebut dan mulutnya membuat keputusan Tajudin dipecat kerahlian.

 Ramai lagi dalam UMNO yang mati politik kerana kejahatan Anwar. Contohnya Rahim Tambi Chik dan lain-lain. Anwar akan melihat yang mana politiknya lebih untung akan benar 100 persen. Tidak heran Wakil-wakil rakya PKR meninggalkan Anwar. Jika tidak Anwar akan makan satu satu bergilir. Soalnya siapa dulu sahaja.

Minggu lepas  Rachel Motte seorang Yahudi dalam Websitenya menutuh Anwar bahawa Anwar tidak boleh dijadikan kawan. Yahudi sudah tidak percaya pada Anwar. Yahudi adalah satu bangsa yang sangat selektif mencari kawan. Mereka tidak akan berkawan dengan sesiapa yang tidak boleh diharap. Sebelum ini Anwar dapat meyakinkan puak zionis atas kerja-kerjanya sebagai ejen yahudi di kalangan negara Islam. Tetapi bila Apco jadi perundingan dasar Kerajaan Najib Anwar mula hentam yahudi. Pada hal dalam APCO hanya ada dua orang sahaja Yahudi dari jumlah keanggotaan APCO.

Semalam, blog popular New York, culture of life news yang ditulis oleh Elaine Meinel Supkis dedah satu lagi bahawa CIA juga tidak percaya Anwar dan didesak supaya singkirkan Anwar sebagai alat CIA dan Mosad di Asia khusunya diMalaysia. Jika dahulu Tun Dr Mahathir memecat Anwar kerana Mahathir terbau Anwar ada kaitannya dengan CIA rata-rata orang tidak percaya. Sekarang baru kita mula percaya.

Anwar hari ini kepanasan ( agaknya makan sumpah saiful, bahangnya dah mula naik). Amerika, CIA, Mosad, Zionis lihat Anwar tidak penting lagi kerana dasar berkecuali Malaysia sangat terbuka. Jadi Anwar seperti orang gila talak mahu berbalik semula. Tetapi kuasa-kuasa itu kurang percaya kerana Anwar menikam belakang mereka. Bagi mereka ramai orang yang mereka temui seperti itu didunia.

Dulu semasa Anwar mengaktifkan IKD ( Institute Kajian Dasar) sumbangan besar diperolehi dari sumber Kristian Sedunia. Dan mungkin Freemason pun akan buka rahsia juga. Tunggulah sedikit masa lagi akan keluar segala-galanya diAmerika.

Pok Nik Ajis kena fikir banyak kali untuk sambung  berkawan dengan Anwar. Awas. jangan esuk ada pula Yahudi buka cerita Nik Ajis dapat bantuan dari Zionis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan