Isnin, 8 November 2010

ZAID IBRAHIM PATUT KELUAR PKR




Zaid Ibrahim meletakan semua jawatan dalam PKR. Beliau yang juga memegang jawatan Ketua Perhubungan PKR Wilayah tidak puas hati terhadap penyelewengan puak Anwar, Azmin dan Saifudin Nasution kerana bersekongkol untuk memenangkan Azmin Ali Sebagai Timbalan Presiden PKR.

Pemilihan PKR didakwa tidak telus dan sukar diperbaiki kerosakan yang ada dalam PKR. Masalah yang didapai oleh PKR adalah serba serbi masalah moral. Dari moral organisasi hingga ke moral individu. PKR adalah parti keluarga Anwar serta kroni-kroni lamanya.

Zaid menjadi mangsa manipulasi gang Anwar. PKR hanya beragih sesama mereka sahaja segala jawatan penting parti. Mana-mana Anwar tidak sebulu pasti dipotong dengan apa caranya. Zaid tidak tahan dengan budaya gang Anwar tersebut.

Sebenarnya Zaid sudah tidak ada dalam kamus Anwar lagi. Bagi Anwar Zaid adalah orang yang tidak kadar diri dan cuba menukar cat PKR yang telah diwarna oleh Anwar. Zaid tersilap orang. Jika Zaid tunggu pun mati.  Pergi ada peluang boleh hidup. Jika Zaid keluar selepas keputusan rasmi dalam kedaan dia kalah orang kata dia kecewa. Keluar sekarang dapat menyelamatkan nama baiknya.

Tidak bija jika Zaid terus berada dalam PKR. Apa yang Zaid kena buat adalah mengajak rakan-rakan yang tidak sehaluan dengan gang Anwar keluar parti lebih bagus.  Kalau tidak pun Anwar menganggap Zaid adalah musuh dari dalam.

Beberapa ahli Parlimen PKR nampak goyang dengan tindakan Zaid. Dalam masa terdekat ini kemungkinan besar beberapa orang ahli parlimen akan mengistiharakan keluar parti dan menjadi MP Bebas bersama rakan-rakan PKR Lain. PKR bukan parti yang boleh dibina lagi. Kerusakannya sampai peringkat boleh diistiharkan sebagai besi buruk sahaja. Jual ikut kilogram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan