Selasa, 26 Oktober 2010

KARYAWAN TUA



Polpot dan Chengpeng adalah manusia paling popular selepas perang dunia kedua diAsia Tenggara sekitar tahun 1960 -1970an. Namanya tidak sah jika tidak terdengar dicorong radio setiap hari.


Jika Polpot dizaman ini, pastilah dia memilih media baru untuk menyampaikan mesejnya. Jika Cheng peng yang masih hidup itu tidak buta IT ia juga akan membuka laman blog. Pasti juga blognya top ranking diAsia jika tidak didunia.


Awal tahun 2000 George Bush presiden Amerika. Diktator paling bahaya didunia. Tidak sah jika satu hari tiada siaran TV menyiarkan beritanya. Dan sekarang jika Bush membuka laman blog pasti Bush berada ditop ranking walau pun bukan berkuasa.


Mereka itu adalah manusia terjahat didunia. Mereka popular kerana kejahatannya. Radio dan TV menyiarkan kejahatan mereka Mereka popular.


Bagi setiap negara bangsa ada penjahatnya tersendiri. Pilihlah antara popular kerana jahat kepada bangsa, agama dan tanah air atau popular kerana menyintai agama, bangsa dan tanah air. Dua-dua akan tersenarai. Selalunya yang jahat lebih popular kerana orang sentiasa mengawasinya dan memantaunya apa lagi jahat yang akan dibawanya.

Bagaimana pun perbezaan pendapat bukan satu kejahatan. Teguran yang membina bukanlah jahat. Kritikan untuk mengubah sesuatu yang dikira tidak sesuai dengan masyarakat atau boleh menghancurkan masyarakat harus diterima dengan baik.


Tidak popular kerana tidak jahat lebih baik dari popular kerana jahat. Cintalah agama bangsa dan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan