Isnin, 18 Oktober 2010

ANWAR DATANGKAN SIAL KEPADA PKR



             waow!!! bersusun kah..kah..kah..

Ahli-ahli PKR sudah mula bangkit apabila 60 orang dari tiga cabang menghantar memorandum supaya bertaubat kepada Anwar semalam. Wakil cabang Bayan Baru, Butterworth serta wakil Perak itu patut dipuji kerana kerana keberanian mereka atas dasar cintakan parti lebih tinggi dari kecintaan kepada pemimpin.


Pemimpin boleh bertukar ganti dan tidak boleh bergantung kepada mana-mana individu jika membawa sial kepada Parti. Kekuatan parti bukan bergantung kepada satu atau dua kerat manusia, sebaliknya semangat ahli yang ramai adalah kekuatan sebenar PKR.


UMNO pernah menolak Dato Onn Jaafar pengasas UMNO kerana tidak serasi dengan idea ahli. Itu pun hanya selisih dasar. DS Anwar lebih dashat dari itu, ia mendatangkan sial kepada PKR kerana sifat luar tabi’i nya. Perbicaraan mahkamah yang kian jelas, kekacauan politik mesyuarat cabang seluruh negara kecuh dan ramai kepimpinan yang dipilih oleh rakyat meninggalkan parti sudah cukup alasan Anwar membawa sial kepada PKR.


Kelakuan luar tabi’i yang membawa sial itu bukan sahaja PKR akan terbalik malah sejarah telah membuktikan bumi jadi terbalik kerana Tuhan amat murka pada perbuatan itu. Tidak ada engkar yang paling besar dari ‘sial’ itu hingga Nabi Muhamad saw sendiri tidak mengaku umat.


Untuk parti dilihat bersih, DS Anwar harus tidak ada bayang lagi dalam PKR. Anggota BN memang suka Anwar ada didalam PKR kerana selagi DS Anwar ada mudahlah menghentam PKR dan ahli-ahli PKR tidak boleh menangkis serangan mereka. Selagi DS Anwar berada dalam PKR keadaan rumit terus menyelubungi PKR dan PKR akan hancur sebelum PRU 13 lagi, kerana ada ura-ura ramai akan meninggalkan PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan