Sabtu, 26 Jun 2010

Wan Amizan tidak demokratik

MUSTAFA MAAROF ISTIHAR LETAK  JAWATAN NAIB KETUA

Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Mustafa Maarof  istihar letak jawatan dihadapan perwakilan persidangan PPU Bahagian Jerantut yang diadakan hari ini (Sabtu 26 Jun 2010). Pengistiharan itu dibuat dalam sidang penangguhan persidangan dihadapan perwakilan yang hadhir.

Keputusan itu dibuat kerana Mustafa tidak tahan dengan arahan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Dato' Wan Amizan memaksanya supaya memainkan peranan agar mereka-mereka yang bertanding G2 menarik diri dan memberi laluan kepada orang dikehendakinya. Mustafa tidak dapat berbuat demikian kerana ia berpendapat bahawa tugas itu dianggapnya tidak demokratik dan memberi peluang kepada ahli-ahli pemuda untuk mengambil bahagian secara aman.

Bagaimana pun peristiharan Mustafa itu mendapat tepukkan gemuruh ahli-ahli jawatankuasa PPU Bahagian dan sebahagian perwakilan kerana keputusan Mustafa itu dianggap wajar. Mereka berpendapat bahawa Mustafa tidak menjalankan tugasnya sebagai Naib Ketua sejak dipilih tahun 2008.

Dalam pemilihan itu Faisal Jamlus dan Azmi Nawi terpilih sebagai G2 keperhimpunan Agung Pemuda diKuala Lumpur. Pada masa yang sama juga wanita dan puteri UMNO Bahagian mengadakan persidangan serentak.

Selesai persidangan pemuda-pemuda bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Mustafa selaku bekas Naib Ketua Pemuda itu dan mengucapkan selamat jalan.

2 ulasan:

  1. macam mana pihak bloger ni dpt maklumat cepat sgt ni.
    demo ni semua perhati ke dompok ni setiap ceruk ker.
    keh pelik sungguh.
    wan amizan keh rasa awk kena jaga2 dgn blogger ni.
    cepat sangat maklumatnya.
    memang betul musthapa letak jawatan.
    semua bloggers ni siasat ke dompok ni. tapi keh pelik juga sebab maklumat semua tepat dan benar.
    demo ni pasang cc tv ker atas kepala dompok ni.

    BalasPadam
  2. Karok,

    ketua pemuda macam kerbau liar asik nak lompat pagar sapa tak perhati takut termakan padi, malah senduk keanak dara kita!.

    BalasPadam