Rabu, 22 September 2010

CUEPACS - RAMAI TAK SETUJU KERJA SAMPAI 60 TAHUN


Karok buat tinjauan ramai pekerja perhidmatan awam tidak minat lagi bekerja sampai umur 60 tahun.

Seorang gurubesar sekolah memberi tahu karok " Ishs cukuplah 58 tahun kerja. Buat apa? sekarang pun saya umur 55 tahun dah tak berapa larat dah. Lagi pun kita dah tua-tua ni kerja pun tak berapa bagus dah" katanya. "Memang ada orang masih nak bekerja tapi orang tertentu sahaja" tambahnya.

Seorang lagi pegawai awam disebuah pejabat satu kementerian tidak mahu meneruskan lagi selepas 58 tahun. " lebih baik relax dan main-main dengan cucu" katanya.

Ada kata " kita orang Islam khasnya banyak tertinggal dan culas semasa muda dan semasa kita sibuk bekerja, kita perlu cover. Lagi pun itu wak rehat-rehat dengan anak-anak dan keluarga, yang selama ini kita banyak tinggal".

Kebanyakan mencadangkan supaya skim pencen itu diubah berdasarkan bilangan tahun kerja. Ada pihak cadang gaji mati itu lebih tinggi untuk membolehkan pencen lebih tinggi lebih baik dari cadangan menaikan had umur sampai 60 tahun.

Karok nak tanya Cuepacs apakah memorandum Cuepacs kepada kerajaan itu benar-benar suara majoriti ahli ?

1 ulasan:

  1. Setuju sangat, tapi tak apalah. Bagi peluang habis-habisan untuk orang buat pilihan. Sapa nak dia terima lah

    BalasPadam