Jumaat, 20 Ogos 2010

MELETUP!!! PASTI EZAM AKAN DEDAH HABIS KISAH BALIK TABIR ANWAR


YB. Senator Mohd Ezam Mohd Nor telah diheret oleh JAWI petang semalam atas dakwaan menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim melakukan qazaf melalui twitter Ezam berbunyi :

" Saya juga telah lihat bertapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup dibiarkan suaminya fitnah    orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat"  yang ditujukan kepada Datin Seri Wan Azizah. Sila klik blog bujangsusah http://rubbertapperz.blogspot.com/ untuk lapuran penuh.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan itu kepada JAWI sebelum ini.  Mohd Ezam dikatakan dituduh menurut seksyen 41 Enakmen kesalahan jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika benar Senator Mohd Ezam didakwa sudah tentu mahkamah akan menggelegak panas kerana ramai ingin mengikuti pendedahan Ezam habis-habisan tentang kelakuan sumbang Anwar dibelakang tabir selama ini.

Ezam pasti akan mengheret ramai saksi dan membuka segala apa yang diketahuinya selama beberapa  tahun  dengan Anwar. Itulah yang Ezam mahukan selama ini kerana banyak khazanah yang terbuku  hatinya yang menjadi rahsia umum untuk dilepaskan bagi dikongsi oleh rakyat Malaysia. Alang-alang mandi biar basah.

Perbicaraan juga akan menilai sejauh mana Seksyen 41 Enakmen Jenayah Islam Wilayah Persekutuan ditafsir kerana ia merupakan kali pertama adanya kes tuduhan qazaf tersebut. Kes ini akan menjadi perhatian dan rujukan dunia Islam tentang bagaimana ia diputuskan serta prosidingnyan kerana selama ini undang-undang itu belum diuji.

Apa yang menarik lebih banyak perkara yang tidak diketahui akan terbongkar dalam perbicaraan tersebut.Sama-samalah kita nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan